Menteri Besar Kelantan Mohamed_Yaacob

Pada 1977, Dato' Haji Muhamed bin Nasir , Menteri Besar Kelantan dipecat oleh PAS kerana beliau adalah pilihan BN bukan pilihan PAS. Ekorannya terjadi rusuhan oleh penyokong Muhamed Nasir dan Darurat diisytiharkan di Kelantan pada November 1977. Pilihan raya kecil Kelantan diadakan pada Mac 1978 dan BN (33 kerusi) berjaya menewaskan PAS (2 kerusi). Maka Perdana Menteri melantik Mohamed Yaakob dari UMNO sebagai Menteri Besar Kelantan . Beliau menyandang jawatan itu sehingga 1990 apabila PAS menang semula di Kelantan.[3]Beliau mendapat restu daripada Sultan Kelantan yang menjadi Yang di-Pertuan Agong(1975-1979),Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim

Pengerusi Majlis Veteran UMNO Kelantan, Datuk Rozali Isohak pernah menjadi setiausaha sulit Mohamed Yaakob semasa menjadi Menteri Besar Kelantan. Mohamed berusaha menubuhkan Universiti Malaysia Kelantan. Penduduk tapak universiti itu dipindahkan ke Kampung Tok Bali.[4]